Sumpah aku takkan percaya lagi pada review-review wartawan Melayu di akhbar Melayu. Makan suap nak mampus. Akibat termakan review yang memuji Anak Halal melambung-lambung, aku pun beria-ia mengajak rakan aku untuk menonton. Sudahlah aku orangnya sukar nak ke panggung wayang. Rasa macam nak serahkan diri bulat-bulat pada steamroller untuk digilis macam scene khayalan Fasha “annoying” Sandha dalam Anak Halal sesudah menonton filem kedua Osman Ali ini. Oh, anyway, I quit writing in English for a while. Screw English. Poseur-poseur pun dah start menulis in English membuatkan aku menyampah nak menulis dalam English. Pergi mati wahai poseur-poseur sialan. I refuse to be the majority. Until then, you guys have to read my blog in Malay lah. Sampai aku rasa it’s time for me to write in English again.
Kembali ke Anak Halal, bukan niat aku untuk memburuk-burukkan filem Osman Ali yang dikatakan a promising young director ni. Aku pun tak boleh nak cakap banyak sebab filem-filem nya sebelum ini tak pernah aku tonton. Termasuklah Bukak Api, Malaikat Di Jendela, Puaka Tebing Biru. Tapi aku agak kecewa dengan Anak Halal ni bukan sebab apa, sebab review-review sialan tu tadi lah! The first 15 minutes of the movie is quite promising lah. Not bad. Walau ada kesilapan skala kecil (nombor plat kereta polis yang membawa Bunda pergi ialah WDS dan setahu aku plat tu wujud tahun 1999 saja. Time-frame scene tu 1997.) aku masih maafkan lagi sebab dia berjaya cari kereta polis lama (scene Rosyam Noor dikepung polis). Tapi bila tiba part samseng-samseng overacting mula masuk frame, aku dah mula rasa nak meludah sambil menyumpah-nyumpah pemilih pelakon untuk filem ini.
2007 dan masih ada lagi samseng yang suka meludah sebelum pukul orang. Meludah sebelum mintak hutang. Meludah sebelum bercakap. Meludah sebelum menarik picu pistol. Meludah sebelum merogol. Meludah sebelum makan. Meludah sebelum mandi. Meludah sebelum ambik air sembahyang. Dan ludahan lain-lain lagi. (Anyway, 2 ludahan terakhir adalah rekaan semata.) apehal entah suka sangat nak meludah. Pelakon-pelakon samseng itu, Zulhuzaimy, Fizz “bangang” Fairuz dan Fairuz “kepalahotakdia” Nawawi merosakkan keseluruhan Anak Halal membuatkan filem ini serasa filem komedi lakonan amateur comedian yang baru lepas menang “Sinaran Pasport Kegemilangan”. Kalau aku nak tengok cerita komedi, baik aku bukak Astro tengok Raja Lawak. 10 kali ganda lawak dari melihat lakonan super duper horrible ketiga-tiga badut ini. They are trying too hard. Dan ini membuatkan watak samseng itu serasa dibuat-buat dan un-natural. Apa? Mereka fikir dengan membuat muka monyet dan terkinja-kinja macam babi dah melayakkan mereka untuk jadi gangster? Please-lah.. Audiens kamu bukan orang kampong yang masih lagi stuck on Maria Mariana atau filem-filem sezamannya.
Kesimpulannya, pelakon tak buat homework. Rasanya masa dia buat homework, dia tiru pelakon gangster zaman 80s dan 90s kut. Silap period lah bang. Tapi pelik jugak. Masa shooting, takkanlah sorang pun daripada krew filem rasa ketiga badut ni overacting? Kan? Macam, buta ke? Oh iya.. Nama filem pun ada sebut halal. Jadi, halalkan je lah apa yang diorang buat ye tak? Kalau aku ada time diorang shoot, aku akan jerit “Fuck! Berlakon macam babi nak kena giling!” sambil berdiri belakang Maya Karin. So kalau diorang nak marah pun tak boleh sebab sure diorang ingat Maya yang jerit. Not to say suara aku macam Maya Karin (sebab suara aku lagi better). Sebab nak berdiri belakang Fasha “annoying” Sandha tak boleh. Suara aku bukan macam Doraemon. So, suara Maya sajalah yang paling dekat pun. Dah lah. Kalau nak cakap pasal diorang sampai bila pun tak habis. I can go on and on and on.. And don’t you guys get me started on Fasha “annoying” Sandha. OMG. (Sila perhatikan dengan teliti scene dimana Fasha “annoying” Sandha menghirup masuk heroin melalui hidung di belakang lori Farid Kamil. Tak ubah macam babi. Entah lah. Mata aku je kut nampak dia macam tu.) Enough said.
Penulis skrip untuk filem ini patut diberikan pujian kerana berani memasukkan ayat-ayat budak-budak jalanan yang kotor dan provoking. Contohnya:
“Macam gampang”
“Apa ni, main tendang bontot pulak”
“Sial lah kau”
Tetapi penulis skrip juga patut diberikan penampar sepenuh tenaga apabila keluar dengan dialog-dialog bodoh tahap sial seperti:
“Jo, marilah kita menari dalam angin”
“Aku takkan tinggalkan kau walau sehela nafas pun”
“Di Zuhal, masa berputar 100 kali ganda lebih lambat dari bumi”
“Benda ini sajalah (sambil mengangkat sepeket heroin) yang memberikan aku nafas selain cinta kau”
I was like, apa hal dengan penulis skrip ni? Awal-awal skrip ganas nak mati. Dah hujung-hujung cerita, skrip macam haram. Aku tak habis-habis gelak mengenangkan kesanggupan pelakon-pelakon so-called papan atas ini meluahkan dialog-dialog ridiculous. Bodoh jugak diorang ni ye.
Aku tak pasti nak panggil ni apa tapi, background music atau sound effect, what everlah kan, paling kelakar time watak Rosyam Noor keluar di hujung cerita tu. Gila kelakar. Sooo cheesy okaay.. Aku tak sanggup nak explain further. Menambahkan dosa aku je.
Disebalik semua kegalauan dan kebodohan actor dan aktresnya, Anak Halal did offer something else. Pada aku, lakonan yang berkesan datang dari Bront Palarae yang membawa watak Daniel. Agak convincing. Walau wataknya kecil, tapi jiwa anak jalanan tu ada pada dia. Farid kamil juga memberikan lakonan yang berkesan. Kecuali apabila dia mula memuntahkan dialog-dialog bodoh seperti yang disebut di atas, dia fail. Lain daripada tu, lakonannya lebih baik dari sebelum ini. (Cieee..macamlah aku pernah tengok dia berlakon sebelum ni.) watak Adi Putra pula agak confusing. On certain parts of the story, he tried to be funny, Pada masa lain pulak, he became someone else.
Raja Farah cemerlang dalam “Anak Halal”. Bukanlah cemerlang sangat, tapi masa part dia menangis masa dapat tahu abangnya jual dadah tu sangatlah berjaya okay.. Nak dibandingkan lakonan dia dalam “Salon” dulu, this one better sangat-sangat.
Maya Karin, well, her street BM is good, lesser make-up, non-pretentious laughter and all this adds up to, hmmm..okaylah. Not bad. Not bad at all.
I know. The idea of the story is fresh. Untuk Osman Ali, kudos for a fresh and different storyline. Jalan cerita yang mahu dibawa oleh Osman Ali ini tidak dapat dinafikan, bagus. Malangnya pemilihan pelakon yang salah telah merosakkan keseluruhan filem yang sepatutnya boleh menjadi satu filem yang baik. Aku pun tak tahu apa yang reviewer di akhbar sisipan Pancaindera cakap tentang lakonan mantap dari Fasha “annoying” Sandha dalam filem ni. Part mana? Part dia menghidu heroin macam babi tu? Punyalah tertipu aku. Aku sumpah. Aku takkan tertipu lagi dengan review makan rasuah wartawan-wartawan akhbar Melayu yang corrupt dan tak jujur dalam menjalankan tugasnya sebagai reviewer. Golongan inilah yang paling sial macam haram, merosakkan kepercayaan yang diberi oleh rakyat jelata macam aku yang mengharapkan kejujuran dalam me-review filem-filem Malaysia.
Reviewer ikhlas macam aku ni diperlukan. Supaya RM10 korang tak sia-sia.