Anak Halal & Review Yang Tak Berapa Nak Halal.

Sumpah aku takkan percaya lagi pada review-review wartawan Melayu di akhbar Melayu. Makan suap nak mampus. Akibat termakan review yang memuji Anak Halal melambung-lambung, aku pun beria-ia mengajak rakan aku untuk menonton. Sudahlah aku orangnya sukar nak ke panggung wayang. Rasa macam nak serahkan diri bulat-bulat pada steamroller untuk digilis macam scene khayalan Fasha “annoying” Sandha dalam Anak Halal sesudah menonton filem kedua Osman Ali ini. Oh, anyway, I quit writing in English for a while. Screw English. Poseur-poseur pun dah start menulis in English membuatkan aku menyampah nak menulis dalam English. Pergi mati wahai poseur-poseur sialan. I refuse to be the majority. Until then, you guys have to read my blog in Malay lah. Sampai aku rasa it’s time for me to write in English again.

Kembali ke Anak Halal, bukan niat aku untuk memburuk-burukkan filem Osman Ali yang dikatakan a promising young director ni. Aku pun tak boleh nak cakap banyak sebab filem-filem nya sebelum ini tak pernah aku tonton. Termasuklah Bukak Api, Malaikat Di Jendela, Puaka Tebing Biru. Tapi aku agak kecewa dengan Anak Halal ni bukan sebab apa, sebab review-review sialan tu tadi lah! The first 15 minutes of the movie is quite promising lah. Not bad. Walau ada kesilapan skala kecil (nombor plat kereta polis yang membawa Bunda pergi ialah WDS dan setahu aku plat tu wujud tahun 1999 saja. Time-frame scene tu 1997.) aku masih maafkan lagi sebab dia berjaya cari kereta polis lama (scene Rosyam Noor dikepung polis). Tapi bila tiba part samseng-samseng overacting mula masuk frame, aku dah mula rasa nak meludah sambil menyumpah-nyumpah pemilih pelakon untuk filem ini.

2007 dan masih ada lagi samseng yang suka meludah sebelum pukul orang. Meludah sebelum mintak hutang. Meludah sebelum bercakap. Meludah sebelum menarik picu pistol. Meludah sebelum merogol. Meludah sebelum makan. Meludah sebelum mandi. Meludah sebelum ambik air sembahyang. Dan ludahan lain-lain lagi. (Anyway, 2 ludahan terakhir adalah rekaan semata.) apehal entah suka sangat nak meludah. Pelakon-pelakon samseng itu, Zulhuzaimy, Fizz “bangang” Fairuz dan Fairuz “kepalahotakdia” Nawawi merosakkan keseluruhan Anak Halal membuatkan filem ini serasa filem komedi lakonan amateur comedian yang baru lepas menang “Sinaran Pasport Kegemilangan”. Kalau aku nak tengok cerita komedi, baik aku bukak Astro tengok Raja Lawak. 10 kali ganda lawak dari melihat lakonan super duper horrible ketiga-tiga badut ini. They are trying too hard. Dan ini membuatkan watak samseng itu serasa dibuat-buat dan un-natural. Apa? Mereka fikir dengan membuat muka monyet dan terkinja-kinja macam babi dah melayakkan mereka untuk jadi gangster? Please-lah.. Audiens kamu bukan orang kampong yang masih lagi stuck on Maria Mariana atau filem-filem sezamannya.

Kesimpulannya, pelakon tak buat homework. Rasanya masa dia buat homework, dia tiru pelakon gangster zaman 80s dan 90s kut. Silap period lah bang. Tapi pelik jugak. Masa shooting, takkanlah sorang pun daripada krew filem rasa ketiga badut ni overacting? Kan? Macam, buta ke? Oh iya.. Nama filem pun ada sebut halal. Jadi, halalkan je lah apa yang diorang buat ye tak? Kalau aku ada time diorang shoot, aku akan jerit “Fuck! Berlakon macam babi nak kena giling!” sambil berdiri belakang Maya Karin. So kalau diorang nak marah pun tak boleh sebab sure diorang ingat Maya yang jerit. Not to say suara aku macam Maya Karin (sebab suara aku lagi better). Sebab nak berdiri belakang Fasha “annoying” Sandha tak boleh. Suara aku bukan macam Doraemon. So, suara Maya sajalah yang paling dekat pun. Dah lah. Kalau nak cakap pasal diorang sampai bila pun tak habis. I can go on and on and on.. And don’t you guys get me started on Fasha “annoying” Sandha. OMG. (Sila perhatikan dengan teliti scene dimana Fasha “annoying” Sandha menghirup masuk heroin melalui hidung di belakang lori Farid Kamil. Tak ubah macam babi. Entah lah. Mata aku je kut nampak dia macam tu.) Enough said.

Penulis skrip untuk filem ini patut diberikan pujian kerana berani memasukkan ayat-ayat budak-budak jalanan yang kotor dan provoking. Contohnya:

“Macam gampang”

“Apa ni, main tendang bontot pulak”

“Sial lah kau”

Tetapi penulis skrip juga patut diberikan penampar sepenuh tenaga apabila keluar dengan dialog-dialog bodoh tahap sial seperti:

“Jo, marilah kita menari dalam angin”

“Aku takkan tinggalkan kau walau sehela nafas pun”

“Di Zuhal, masa berputar 100 kali ganda lebih lambat dari bumi”

“Benda ini sajalah (sambil mengangkat sepeket heroin) yang memberikan aku nafas selain cinta kau”

I was like, apa hal dengan penulis skrip ni? Awal-awal skrip ganas nak mati. Dah hujung-hujung cerita, skrip macam haram. Aku tak habis-habis gelak mengenangkan kesanggupan pelakon-pelakon so-called papan atas ini meluahkan dialog-dialog ridiculous. Bodoh jugak diorang ni ye.

Aku tak pasti nak panggil ni apa tapi, background music atau sound effect, what everlah kan, paling kelakar time watak Rosyam Noor keluar di hujung cerita tu. Gila kelakar. Sooo cheesy okaay.. Aku tak sanggup nak explain further. Menambahkan dosa aku je.

Disebalik semua kegalauan dan kebodohan actor dan aktresnya, Anak Halal did offer something else. Pada aku, lakonan yang berkesan datang dari Bront Palarae yang membawa watak Daniel. Agak convincing. Walau wataknya kecil, tapi jiwa anak jalanan tu ada pada dia. Farid kamil juga memberikan lakonan yang berkesan. Kecuali apabila dia mula memuntahkan dialog-dialog bodoh seperti yang disebut di atas, dia fail. Lain daripada tu, lakonannya lebih baik dari sebelum ini. (Cieee..macamlah aku pernah tengok dia berlakon sebelum ni.) watak Adi Putra pula agak confusing. On certain parts of the story, he tried to be funny, Pada masa lain pulak, he became someone else.

Raja Farah cemerlang dalam “Anak Halal”. Bukanlah cemerlang sangat, tapi masa part dia menangis masa dapat tahu abangnya jual dadah tu sangatlah berjaya okay.. Nak dibandingkan lakonan dia dalam “Salon” dulu, this one better sangat-sangat.

Maya Karin, well, her street BM is good, lesser make-up, non-pretentious laughter and all this adds up to, hmmm..okaylah. Not bad. Not bad at all.

I know. The idea of the story is fresh. Untuk Osman Ali, kudos for a fresh and different storyline. Jalan cerita yang mahu dibawa oleh Osman Ali ini tidak dapat dinafikan, bagus. Malangnya pemilihan pelakon yang salah telah merosakkan keseluruhan filem yang sepatutnya boleh menjadi satu filem yang baik. Aku pun tak tahu apa yang reviewer di akhbar sisipan  Pancaindera cakap tentang lakonan mantap dari Fasha “annoying” Sandha dalam filem ni. Part mana? Part dia menghidu heroin macam babi tu? Punyalah tertipu aku. Aku sumpah. Aku takkan tertipu lagi dengan review makan rasuah wartawan-wartawan akhbar Melayu yang corrupt dan tak jujur dalam menjalankan tugasnya sebagai reviewer. Golongan inilah yang paling sial macam haram, merosakkan kepercayaan yang diberi oleh rakyat jelata macam aku yang mengharapkan kejujuran dalam me-review filem-filem Malaysia.

Reviewer ikhlas macam aku ni diperlukan. Supaya RM10 korang tak sia-sia.

15 Responses to “Anak Halal & Review Yang Tak Berapa Nak Halal.”

  1. AndyCtN'HidAyaH Says:

    saya suka dengan kejujuran kamu pada review filem ini. Saya suka penggunaan ayat kamu yang mantap dengan penggunaan kata cursing. Tapi kalau kata makian dalam bahasa melayu sangat lah kedengaran kesat jika dibandingkan dengan kata2 makian dalam bahasa inggeris. Saya teringat pernah skali saya dan kawan2 termasuk bestie kamu aliyah menonton filem 9 september yang ntah apa2 ntah tu lakonan fasha ‘annoying doraemon’ sandha. Oleh sbb tidak tahan dan tidak sanggup menyakiti telinga kami yang suci ini daripada suara2 nyaring, kami keluar dari pawagam sambil menyumpah2 filem ini. TApi mustahil utk kami merugikan duit RM10 hasil sumbangan ikhlas tabung FAMA (Father Mother),jadi kami menyelit masuk ke pawagam lain yang menayangkan cerita 1408. Jauh lagi baik.Di situ sangat terserlahlah perbezaan filem melayu dan inggeris. Tapi walaubagaimanapun, komen2 jujur seperti kamu yang diperlukan dalam industri ini. Politik ma..hahha..

    Syiefa..tiba2 bahasa malaysia saya se’skema’ bahasa malaysia kamu. Mengapakah begitu? kamu telah mempengaruhi peminat kamu ini. Hahahaha.. Tapi hati2 dengan komen kamu, takut nanti ada yang terbaca dan report.Jangan kena saman sudah. Hahaha..Tapi ini hak kita. Ya.. Hak kita sebagai penonton. Kita punya mulut..kita punya suka mau komen apa. Macam pengkritik AF Adlin..Dia juga jujur. Macam kamu. Hehehe..

    Bahasa Jiwa Bangsa. =)

  2. -aswalieya- Says:

    anda tengok anak halal dengan saye
    andy tengok 9 september dengan saye jugak
    OMG! aku disumpah fasya sandha!

  3. still life Says:

    hahah!!

    lantak..

    sumpahan si doraemon malaya!

  4. a i n Says:

    wawawa…anda tertipu wat kesekian kalinya..

  5. still life Says:

    halah..
    malang dowh.

  6. kemala Says:

    saye pun turut tertipu kowtttt…
    busuk betul!

  7. still life Says:

    owh..ramai rupanya tertipu.
    nasib baik bukan saya sahaja.
    lol!

  8. a i n Says:

    dua filem lg yang macam mengujakan..kala malam bulan mengambang..dan cuci…aku tgk review ko syefa..hehehe

  9. a i n Says:

    eh..bukan tgk..tp tunggu review ko

  10. sakiinah Says:

    selamat duit i..hehehehe

  11. AndyCtN'HidAyaH Says:

    kala Malam bulan mengambang tentunya lebih baik dari ANAK HALAL.. ketawa terbahak2 adalah. yang penting, tak de anak haram dalam tu.. :P

  12. still life Says:

    mungkin aku akan lihat cuci and sweeney todd (definitely!)

    kalau rajin, akan ku review rakanrakan ku.

  13. AdulBandul Says:

    Hi there!
    My first post at this great blog!
    I wanna show u my dayly updated blog: Amateur Topless Teen
    Have a nice day!
    BB!

    P.S. if you don’t want to see this message please write me to no.ads08@gmail.com with subject “NO ADS” and URL of your forum
    Thank you for cooperation!

  14. XYFloyd Says:

    hey man i love your site.. your friend michael told me you were looking for a new way to earn some extra income online.

    i own an awesome website where you can make money online..most our users are making like 20-50 bucks a day.. with minimal work.. its pretty simple to do.. its actually so easy to do you won’t believe ill actually pay you to do it.. and its 100% free to sign up and try.

    another positive about my site unlike all the other sites.. i will pay you out daily.. so you earn 5 bucks in the first 5 minutes you work on my site.. request a payout and i will pay you out right then.. i guarantee no other sites like mine will pay out daily multiple times..

    i’d be glad to help you.. if you sign up..
    http://tinyurl.com/63pw45

  15. pypebejusty Says:

    Hi there! I like your website :-) If u r looking for Paid Surveys this is the place 4 u.
    Start advancing your paychecks at http://tinyurl.com/7ufpyz

Leave a Reply